Saya akan bercerita dari masa ke semasa berdasarkan ingatan saya yang sangat terbatas ini. Mudah-mudahan catitan-catitan ini berguna kepada generasi muda yang memerlukan bimbingan daripada yang berpengalaman.
Monday, 20 February 2012
Mencari kebaikan secara rela atau terpaksa
Dalam hidup ini selalunya kita dipertentangkan antara rela atau terpaksa. Rasa sangat terpaksa untuk ke gymnasium (gym) bagi mengeluarkan peluh, tetapi jika ke gym peluh dikeluarkan, kesihatan terjaga, system kumbuhan berjalan baik. Mana-mana organ yang pasif menjadi aktif dan dapat memproses gula menjadi tenaga dengan baik. Jika dilakukan secara berterusan gejala kencing manis boleh dihindarkan.
Secara “default” memang manusia itu malas, tidak terkecuali dengan diri ini. Memerlukan mujahadah, sedikit perjuangan melawan tarikan negatif. Kalau dibiarkan memang badan ini atau badan-badan lain akan tidur sepanjang hari, namun apa hasilnya? Badan akan semakin lemah, banyak tugasan pribadi dan tugasan pejabat akan ketinggalan.
Sebaik terjaga dari tidur, kita mesti ucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana telah menghidupkan kita daripada “kematian” (tidur) yang baru kita alami tadi. Elok minum segelas air putih bagi menggerakkan system syaraf kita yang masih pasif ketika baru bangun dari tidur, betulkan minda dengan niat mencari kebaikan pada hari ini. Mencari rezeki yang halal dan mencari ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi kepada yang lain.
Jika terjaga lebih awal dari waktu suboh, amalkan solat tahajud dan witr kerana pada waktu itu Allah dan malaikatNya sedang membuat rondaan di bumi dan akan meneliti siapakah ummatNya yang sedang memohon kepadaNya atau merintih dengan segala kesukaran yang dia hadapi. Mohonlah langsung kepada Allah, jangan terlalu mengharap kepada manusia, kerana setiap manusia pun memerlukan bantuan dan pertolongan Allah setiap masa.
Kemudian, rancang kerja atau tugasan harian kita dengan niat mencari redha Allah dan segala apa yang kita lakukan adalah bernilai ibadah. Setiap saat kita membuat audit terhadap semua nilai yang ada pada diri kita, apakah kita ikhlas kerana Allah atau berbuat sesuatu yang melanggar hukum-hakam Allah. Segera bertaubat jika ada dan terus berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Setiap kali kita melakukan sesuatu, lakukan yang terbaik dan memohon kepada Allah agar disempurnakan ahklak kita seperti Allah menyempurnakan rupa paras kita.
Cuba lakukan muhasabah diri dan fikirkan apakah bakat dan kemahiran yang kita ada yang belum ditonjolkan. Bakat-bakat itu sangat penting bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna. Lihatlah panduan dalam http://hayatultarbiyah.blogspot.com/ yang telah diutarakan melalui 15 soalan bagi membina misi hidup, kerana setiap kehidupan mestilah mempunyai misi dalam kehidupannya. Hidup muslim sepenuhnya tertumpu kepada mencari redha Allah. Akhirnya setiap manusia mesti mencari cara untuk berdikari, tidak bergantung kepada manusia lain dan hanya tunduk sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta.
Sebagai seorang muslim solat lima waktu adalah wajib, jika berkesempatan lakukan solat berjamaah di mesjid yang mendapat pulangan pahala 27 kali ganda. Setiap kali solat kita memohon kepada Allah agar diberikan jalan yang lurus yang menuju kepadaNya, bukan jalan orang-orang yang sesat, yang menjadi sahabat syaitan. Jangan sekali-kali melakukan kerja yang sia-sia. Pekerjaan yang sia-sia dapat digolongkan sebagai kerja-kerja yang tidak membawa ketaatan kita kepada Allah.
Setiap kali kita akan melakukan sesuatu, kita harus bertanya, “Apakah yang aku lakukan ini lebih mendekatkan diri kepada Allah atau lebih menjauhkan diri dari Allah?”. Jika semakin menjauh daripada jalan Allah, segera tinggalkan dan bertaubat dan berlindung dengan Allah dari segala kejahatan manusia dan syaitan. Jangan difikirkan tentang hasil lumayan daripada perbuatan yang kita lakukan, sia-sia saja jika hasilnya haram kerana Allah tidak akan redha jika kita memakan hasil daripada kegiatan haram. Hidup mestilah bersih daripada semua larangan Allah daripada sekecil-kecil larangan sehinggalah larangan yang besar.
Melakukan kebaikan itu tidak mudah kerana memang berat melakukan kebaikan, banyak halangan yang kita akan hadapi, halangan itu mungkin dari diri sendiri atau juga daripada manusia lain atau juga dari syaitan yang telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia.
Setiap masa didiklah diri untuk mudah melakukan kebaikan, mudah untuk memberi daripada meminta, cinta kepada kebenaran dan benci kepada kejahatan. Jangan sekali-kali bertemankan orang-orang jahat kerana lambat laun kita juga akan terikut-ikut dengan kejahatan mereka. Berkawanlah dengan orang baik-baik kerana kebaikan mereka Insya Allah, akan meresap ke jiwa kita satu hari kelak.
Lindungilah diri kita dan keluarga kita daripada api neraka yang panasnya tidak ada bandingannya di dunia ini.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 21 Feb 2012.
Saturday, 4 February 2012
Mesti senentiasa bersabar dalam kehidupan rumah tangga
Pada 4 Februari 2012 (Sabtu), berita tentang seorang suami merempuh kereta isterinya sebanyak 40 kali kerana terlalu marah terhadap isterinya telah terpampang di dada-dada akhbar di Malaysia. Ketika ditanya apakah sebabnya beliau terlalu marah, tiada jawapan diberikan daripada si suami.
Mungkin pembaca akan tertanya-tanya kenapa suami itu tergamak bertindak demikian luar biasa sehingga sekurang-kurangnya beliau telah terpaksa mengeluarkan RM8,000.00 akibat daripada merosakkan tembok jiran belum lagi diambilkira memperbaiki kereta isterinya yang rosak terus, dan perbelanjaan mahkamah sekiranya perkara itu sampai ke mahkamah. Sekiranya suami itu berfikir secara waras sebelum bertindak, kerugian yang akan beliau alami tidak akan seteruk itu. Kerugian emosi isteri dan anak-anak yang mengalami peristiwa itu juga akan berlaku selain daripada nilai dirinya terhadap jiran, mertua, dan kawan-kawan tentu akan merosot.
Apakah pengajaran yang dapat kita pelajari dari peristiwa ini? Kita mesti senentiasa bersabar walau dalam keadaan apa sekali pun. Saya cuba membuat satu hipotesis dari kejadian ini iaitu, “JIKA suaminya mengamalkan sikap sabar yang tinggi, MAKA suasana akan dapat dikawal, TETAPI suaminya memilih untuk bertindak ganas yang mengakibatkan kerugian yang besar”.
Ukuran parameter yang membaiki ialah “amal sikap sabar yang tinggi” dan parameter yang memburuk ialah “bertindak ganas dan kerugian”.
Menurut ilmu TRIZ (lihat *Yeoh, TS, et. al. (2009), pembaca boleh mencari ilmu ini melalui bacaan buku atau buat carian google), parameter membaik “amal sikap sabar yang tinggi” boleh dikiaskan kepada, parameter #7, “isi padu objek bergerak”, parameter #9, “kelajuan”, parameter #10, “daya”, parameter #11, “stress atau tekanan”, parameter #15, “jangkamasa tindakan objek bergerak”, parameter #21, “kuasa”, parameter #22, “kehilangan tenaga”, parameter #24, “kehilangan maklumat”, parameter #25, “adaptability atau versatility” dan parameter #37, “kesukaran mengesan dan mengukur”.
Sementara bagi parameter memburuk, “bertindak ganas dan kerugian” boleh dikiaskan kepada, parameter #8, “isi padu objek tetap”, parameter #19, “penggunaan tenaga objek bergerak”, parameter #23, “kerugian bahan”, parameter #25, “kerugian masa”, parameter #26, “kuantiti bahan”.
Apabila dibuat kajian melalui penggunaan Matriks Kontradiksi, kita perolehi cadangan-cadangan yang dapat ditawarkan oleh TRIZ adalah seperti berikut:
1. Perubahan sikap dan tingkahlaku (prinsip #35)
Rumah tangga dibentuk oleh dua orang insan yang bercinta dengan dibantu oleh kedua-dua keluarga isteri dan suami. Jika terjadi sesuatu maka perubahan sikap dan tingkahlaku kepada kebaikan bersama mestilah diusahakan agar suasana rumah tangga itu kekal. Dalam pemilihan prinsip TRIZ, prinsip 35 ini muncul sebanyak 15 kali. Ini bermakna penyelesaian utama dalam rumah tangga ialah hubungan yang baik antara suami dan isteri. Suami sebanyak kapten kapal rumah tangga mestilah bertindak dewasa dalam semua keadaan.
2. Getaran Mekanikal (prinsip #18)
Prinsip ini muncul sebanyak 14 kali ketika pemilihan prinsip dibuat dan menunjukkan prinsip ini memainkan peranan yang penting dalam hubungan rumah tangga. Apakah yang dimaksudkan dengan getaran mekanikal atau “mechanical vibration”. Suami dan isteri mestilah mempunyai saluran komunikasi yang baik melalui belaian dan kasih sayang, sering bersama dalam membina kesefahaman, mesti ada getaran mekanikal apabila isteri melihat suami dan juga apabila suami melihat isteri. Getaran ini bukan dapat dibina dalam sehari dua, tetapi memakan masa yang lama untuk serasi. Jalinan kasih sayang antara keduanya mesti kukuh terbina dengan sentuhan dan belaian.
3. Tindakan proaktif (prinsip #10)
Prinsip ini pun muncul sebanyak 14 kali dalam matriks kontradiksi TRIZ, dan ini menunjukkan prinsip ini memainkan peranan yang sangat bermakna. Rumah tangga itu bukan bermula sejak proses menikah, tetapi sejak mencari pasangan lagi dan Islam member panduan, kahwinilah wanita (pria) atas dasar kecantikan, kebangsawanan, kekayaaan dan agama.Pilihlah yang beragama. Kekuatan Iman dalam beragama akan membimbing rumah tangga menjadi rumah tangga sakinah. Tindakan proaktif ini mesti dimulai sejak awal dan dengan teliti.
4. Oksigen kuat (prinsip #38)
Prinsip ini muncul sebanyak 7 kali dalam analisa matriks kontradiksi yang menunjukkan suatu cadangan yang serius dalam hal ini. Dalam Bahasa Inggeris, prinsip ini dinyatakan sebagai “Strong oxidants (enriched atmosphere / accelerated oxidation)”. Dalam hal rumah tangga hal ini bermakna suasana rumah tangga hendaklah selalu diperbaharui dan diperkayakan dengan keadaan kebersamaan, mungkin melakukan perkelahan keluarga untuk menghasilkan suasana kekeluargaan dan ukhuwwah dalam keluarga. Saling meneguhkan ikatan kasih sayang dengan mencipta suasana baru dalam kehidupan.
5. Gantian Mekanikal (prinsip #28)
Prinsip ke-28 ini berulang sebanyak 7 kali, ini membawa makna bahwa prinsip ini berperanan kuat dalam membantu keharmonian rumah tangga. Dalam Bahasa Inggeris prinsip ini disebut sebagai “Mechanical substitution”, dalam bukunya Dr Yeoh, pada mukasurat 66, ada menyebut tentang menukar cara mekanikal dengan cara deria (sensory) yang termasuk rasa (taste) dan bau (smell). Ini mungkin membawa makna, si isteri sebagai factor penarik dalam hubungan rumah tangga hendaklah senentiasa dalam keadaan tersenyum, cantik dan berbau wangi ketika suami pulang ke rumah sehingga membuat rumah tangga sebagai syurga kehidupan. Mungkin juga isteri dapat menyediakan makanan yang digemari suami sambil menyambut kepulangan suami dari kerja.
6. Transisi fasa (prinsip #36)
Prinsip yang ingin dikemukakan ini iaitu transisi fasa (phase transistion) muncul sebanyak 6 kali dalam analisa matriks kontradiksi. Rumah tangga mengalami beberapa fasa perubahan berdasarkan umur rumah tangga itu. Ketika masih fasa permulaan aroma percintaan itu masih ujud dengan teguh sehingga insan yang sedang bercinta ini dapat melaluinya dengan tenang. Apabila ada anak, keperluan rumah tangga kepada perhatian suami isteri dan keperluan harian meningkat, maka fasa ini menguji kesetiaan kasih sayang suami isteri. Pengorbanan diperlukan. Jadi, prinsip ini mencadangkan agar suami dan isteri menyedari akan berlakunya perubaha fasa dalam kehidupan rumah tangga dan selalu berbincang untuk mengatasi gejolak rumah tangga dengan baik dan berusaha mencari penyelesaian bersama demi tumbesaran (tumbuh dan membesar) anak-anak.
Itulah sekedar sedikit sumbangan kepada keharmonian rumah tangga yang pada mulanya bergerak atas dasar saling mencintai, namun apabila waktu beredar fasa baru dalam kehidupan rumah tangga memerlukan perhatian dan kreativiti suami-isteri untuk menanggani segala hiruk pikuk rumah tangga, hanya kapten yang bersikap matang dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul akan dapat melayarkan bahtera rumah tangga dengan selamat.
Kapten rumah tangga yang bijak dengan dibantu awak-awak kapal yang bekerjasama akan dapat menyelamatkan bahtera rumah tangga daripada terlanggar terumbu karang tajam yang tidak kelihatan dari atas dek bahtera.
Sama-samalah kita renungkan hal ini.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 5 Feb 2012.
*Yeoh, T.S, et. Al. (2009), Theory of Inventive Problem Solving TRIZ, Firstfruits Publishing.

Friday, 13 January 2012
IQRA - Membaca dan Menulis
Tepat sekali apabila Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil perkataan IQRA dari Al-Qur’an dan menjadikan lambang yang berdiri megah di depan Bangunan Canselori yang anggun itu. Lambang itu nampak terserlah dalam tulisan khat berwarna keemasan. Setiap kali kita melintas lambang itu, kita akan ingat bahwa ayat pertama Allah sampaikan melalui Nabi Muhammad S.A.W ialah mengenai IQRA, sebuah pesanan dan ingatan jitu dari Allah S.W.T.
Melalui nukilan kali ini saya mengambil pasangan kata membaca dan menulis sebagai tajuk kerana betapa pentingnya seorang manusia itu memiliki kemahiran asas ini bagi melayari kehidupan yang penuh cabaran. Saya sengaja tidak memasukkan perkataan mengira kerana kemahiran mengira sekarang ini sudah diambilalih oleh mesin kira dan komputer.
Selanjutnya ayat pertama itu menyatakan “bacalah dengan nama TuhanMu” apabila Nabi bertanya apa yang harus dibacanya. Membaca dalam erti yang luas ialah memerhati, memahami dan seterusnya mengkaji apa-apa yang kita lihat, rasa dan terkesan melalui symbol huruf atau kejadian.
Beberapa hari yang lalu saya tersandung (tersepak) bahagian jalan yang agak tinggi dari permukaan jalan sekelilingnya dan hampir tersembam muka saya ke jalan tar yang keras itu. Sempat saya menahan kedua-dua tangan saya secara reflex dan berdarah tangan saya. Ketika membaca semula peristiwa itu, saya perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap permukaan jalan yang tidak rata dan selalu kena ingat agar tidak tergesa-gesa berbuat sesuatu kerana padahnya (risikonya) berat jika kepala terhantuk ke jalan keras dan boleh membawa luka yang lebih berat, malah boleh mengakibatkan kematian.
Dalam kehidupan sehari-hari kita sering dihadapkan dengan situasi membuat keputusan. Kita perlu memilih antara dua jalan yang kedua-duanya kita tidak pasti akan membawa kita ke mana. Cara terbaik ialah mendapat lebih informasi tentang kedua-dua jalan itu sehingga keputusan yang kita buat itu lebih tepat dan menuju kepada matlamat hidup kita. Di sini kita perlu membaca keadaan, menilai diri atas segala kekuatan dan kelemahan, jika perlu bertanya kepada yang lebih arif tentang perkara yang kita hadapi. Ramai manusia yang terjebak ke lembah kehinaan kerana salah dalam membuat keputusan, lebih banyak mengikut hawa nafsu daripada mengikut kata hati atau naluri kebaikan.
Allah sediakan manual kehidupan berupa Al-Qur’an dan Nabi memperjelas manual itu dengan hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Al-Bukhori dan Muslim dan lain-lain hadith yang muktabar. Juga Allah membekalkan kita dengan otak yang cerdas yang dapat membezakan antara baik dan buruk, Allah juga tiupkan ilham kebaikan dalam diri manusia dan jika manusia menggunakan semua peralatan yang Allah berikan itu, manusia tidak akan sesat selama-lamanya.
Melalui pembacaan kita dapat menambah pengetahuan (informasi) tentang segala hal yang kita perlukan dan terlalu banyak untuk manusia teliti dalam alam yang maha luas ini sebagai makmal menambah ilmu. Setiap kejadian alam yang berlaku dan setiap perlakuan manusia yang dapat diamati, akan memberikan pengajaran kepada kita agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama yang akibatnya dapat kita saksikan sendiri akibat dari tangan-tangan jahil manusia.
Setelah meningkat tua manusia yang rajin sudah dapat mengumpulkan ilmu-ilmu yang banyak dan bermanfaat kepada manusia lain, maka kita dianjurkan pula untuk menulis segala pengalaman itu agar boleh dikongsikan dengan manusia lain. Ada penulisan tak formal berupa artikel biasa dan juga ada penulisan formal sehingga mendapat gelar doctor falsafah (PhD) dalam apa saja bidang yang ditekuni. Allah menyatakan bahwa sekiranya dikumpulkan semua penulisan manusia berupa ilmu, hanya akan sama dengan setitik air di lautan yang luas. Betapa luas dan hebatnya ilmu Allah itu sehingga tidak ada manusia yang dapat mendabek dada mengatakan dialah yang berilmu dan merendahkan manusia lain. Janggal sekali apabila ada manusia yang merasa sudah habis tajuk atau maudhuk yang hendak ditulis lantas berhenti menulis dan membaca kerana merasa sudah berada di puncak ilmu. Keterbatasan manusialah yang membuatnya tidak dapat melihat jauh ilmu Allah yang sangat luas itu. Ilmu Allah itu ada di mana-mana Cuma apakah mampu kita menggalinya. Itu suatu persoalan besar yang perlu kita perhatikan.
Seharusnya kita perlu terus meningkatkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan penulisan. Panca indera kita dapat menjadi titik mula dalam menuntut ilmu. Gerak hati (rasa hati) dapat menginsafkan diri kita betapa jahilnya kita dalam sesuatu perkara dan ianya akan menggerakkan anggota badan yang lain ke jalan menuntut ilmu. Mata dapat melihat betapa deritanya hidup manusia yang dulunya mengabaikan peluang belajar yang tersedia, namun tidak memanfaatkan peluang itu dan pada akhir hayatnya mengharungi derita kemiskinan, pedihnya kesakitan, dan betapa tercengkamnya hidup ini dengan segala kekurangan. Semua panca indera kita dapat membantu kita bagi merasakan betapa peluang-peluang kebaikan dan nikmat Allah yang pernah hadir dalam hidup kita, namun akibat dari kejahilan kita tidak dapat memanfaatkan peluang-peluang baik itu.
Seharusnya setiap manusia terus memperbaiki diri melalui pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran tidak mengenal titik noktah. Jika ada pun hanya istirehat yang sebentar untuk mengambil nafas dan seterusnya kita perlu terus belajar dan belajar kerana tidak ada manusia yang sempurna selengkapnya. Ada saja bidang ilmu yang kita tidak tahu dan perlu tahu untuk kebaikan diri dan manusia sekeliling kita. Setidak-tidaknya kita dapat menasihati manusia lain yang akan membuat kesilapan kerana dia tidak tahu dan dapat menyelamatkan manusia lain yang tersasar hidupnya.
Marilah kita membudayakan pembacaan dan penulisan, melaluinya kita damaikan hidup ini dengan sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 14 Januari 2012.

Subscribe to:
Posts (Atom)