Saya akan bercerita dari masa ke semasa berdasarkan ingatan saya yang sangat terbatas ini. Mudah-mudahan catitan-catitan ini berguna kepada generasi muda yang memerlukan bimbingan daripada yang berpengalaman.
Monday, 20 February 2012
Mencari kebaikan secara rela atau terpaksa
Dalam hidup ini selalunya kita dipertentangkan antara rela atau terpaksa. Rasa sangat terpaksa untuk ke gymnasium (gym) bagi mengeluarkan peluh, tetapi jika ke gym peluh dikeluarkan, kesihatan terjaga, system kumbuhan berjalan baik. Mana-mana organ yang pasif menjadi aktif dan dapat memproses gula menjadi tenaga dengan baik. Jika dilakukan secara berterusan gejala kencing manis boleh dihindarkan.
Secara “default” memang manusia itu malas, tidak terkecuali dengan diri ini. Memerlukan mujahadah, sedikit perjuangan melawan tarikan negatif. Kalau dibiarkan memang badan ini atau badan-badan lain akan tidur sepanjang hari, namun apa hasilnya? Badan akan semakin lemah, banyak tugasan pribadi dan tugasan pejabat akan ketinggalan.
Sebaik terjaga dari tidur, kita mesti ucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana telah menghidupkan kita daripada “kematian” (tidur) yang baru kita alami tadi. Elok minum segelas air putih bagi menggerakkan system syaraf kita yang masih pasif ketika baru bangun dari tidur, betulkan minda dengan niat mencari kebaikan pada hari ini. Mencari rezeki yang halal dan mencari ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi kepada yang lain.
Jika terjaga lebih awal dari waktu suboh, amalkan solat tahajud dan witr kerana pada waktu itu Allah dan malaikatNya sedang membuat rondaan di bumi dan akan meneliti siapakah ummatNya yang sedang memohon kepadaNya atau merintih dengan segala kesukaran yang dia hadapi. Mohonlah langsung kepada Allah, jangan terlalu mengharap kepada manusia, kerana setiap manusia pun memerlukan bantuan dan pertolongan Allah setiap masa.
Kemudian, rancang kerja atau tugasan harian kita dengan niat mencari redha Allah dan segala apa yang kita lakukan adalah bernilai ibadah. Setiap saat kita membuat audit terhadap semua nilai yang ada pada diri kita, apakah kita ikhlas kerana Allah atau berbuat sesuatu yang melanggar hukum-hakam Allah. Segera bertaubat jika ada dan terus berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Setiap kali kita melakukan sesuatu, lakukan yang terbaik dan memohon kepada Allah agar disempurnakan ahklak kita seperti Allah menyempurnakan rupa paras kita.
Cuba lakukan muhasabah diri dan fikirkan apakah bakat dan kemahiran yang kita ada yang belum ditonjolkan. Bakat-bakat itu sangat penting bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna. Lihatlah panduan dalam http://hayatultarbiyah.blogspot.com/ yang telah diutarakan melalui 15 soalan bagi membina misi hidup, kerana setiap kehidupan mestilah mempunyai misi dalam kehidupannya. Hidup muslim sepenuhnya tertumpu kepada mencari redha Allah. Akhirnya setiap manusia mesti mencari cara untuk berdikari, tidak bergantung kepada manusia lain dan hanya tunduk sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta.
Sebagai seorang muslim solat lima waktu adalah wajib, jika berkesempatan lakukan solat berjamaah di mesjid yang mendapat pulangan pahala 27 kali ganda. Setiap kali solat kita memohon kepada Allah agar diberikan jalan yang lurus yang menuju kepadaNya, bukan jalan orang-orang yang sesat, yang menjadi sahabat syaitan. Jangan sekali-kali melakukan kerja yang sia-sia. Pekerjaan yang sia-sia dapat digolongkan sebagai kerja-kerja yang tidak membawa ketaatan kita kepada Allah.
Setiap kali kita akan melakukan sesuatu, kita harus bertanya, “Apakah yang aku lakukan ini lebih mendekatkan diri kepada Allah atau lebih menjauhkan diri dari Allah?”. Jika semakin menjauh daripada jalan Allah, segera tinggalkan dan bertaubat dan berlindung dengan Allah dari segala kejahatan manusia dan syaitan. Jangan difikirkan tentang hasil lumayan daripada perbuatan yang kita lakukan, sia-sia saja jika hasilnya haram kerana Allah tidak akan redha jika kita memakan hasil daripada kegiatan haram. Hidup mestilah bersih daripada semua larangan Allah daripada sekecil-kecil larangan sehinggalah larangan yang besar.
Melakukan kebaikan itu tidak mudah kerana memang berat melakukan kebaikan, banyak halangan yang kita akan hadapi, halangan itu mungkin dari diri sendiri atau juga daripada manusia lain atau juga dari syaitan yang telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia.
Setiap masa didiklah diri untuk mudah melakukan kebaikan, mudah untuk memberi daripada meminta, cinta kepada kebenaran dan benci kepada kejahatan. Jangan sekali-kali bertemankan orang-orang jahat kerana lambat laun kita juga akan terikut-ikut dengan kejahatan mereka. Berkawanlah dengan orang baik-baik kerana kebaikan mereka Insya Allah, akan meresap ke jiwa kita satu hari kelak.
Lindungilah diri kita dan keluarga kita daripada api neraka yang panasnya tidak ada bandingannya di dunia ini.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 21 Feb 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Infonya sangat bagus, sekarang saya mau lanjut baca artikel dari ente gan yang gak kalah menariknya,mengenai :
ReplyDeleteobat herbal
pemutih badan
obat asam urat
obat pelangsing
obat hernia
obat diabetes