Pada 2 April 2013 saya telah menulis mengenai kerjaya pensyarah dan mendapat komen positif daripada kawan-kawan mengenainya. Kali ini saya ingin melanjutkan tulisan saya mengenai alam pensyarah yang belum disentuh dalam siri 1 yang lalu.
Saya juga telah sentuh dalam siri yang lalu bahwa, kerjaya pensyarah memerlukan perhatian yang serius kerana pada bahu merekalah terletak tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa yang akan membangun negara. Kerjaya seorang pensyarah sekarang memerlukan segulung ijazah yang dinamakan PhD (bukan Perangai hasad Dengki), memerlukan doktor falsafah dalam bidang syarahan mereka masing-masing. Sangat penting ialah proses mendapatkannya, bukan mempunyainya, kerana ada yang mempunyainya melalui pembelian, pemberian dan sebagainya. Proses mendapatkan PhD bukan suatu kerja yang mudah, selain daripada waktu minima bagi mendapatkannya ialah dua tahun setengah sehingga empat atau lima tahun tetapi latihan yang dilalui seorang calon PhD menghendaki beliau membaca, berbincang, mengupas, mencerna dan sebagainya sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang.
Hampir semua universiti mengenakan syarat “cumulative grade point average (cgpa)” sekurang-kurangnya 3.0 pada peringkat ijazah pertama bagi memulakan kerjaya pensyarah daripada tutor, namun terdapat ramai juga yang akhirnya kandas mendapatkan ijazah master atau PhD kerana berbagai sebab masing-masing. Kegagalan mereka mendapatkan ijazah PhD membuatkan ruang yang mereka tempati sukar diganti dengan calon baru yang lebih berkelayakan. Ada sebahagian universiti masih mengambil mereka bekerja walau pun mereka gagal mendapatkan PhD setelah diberi masa maksimum selama 4 atau 5 tahun. Jika jumlah tutor atau felo yang gagal mendapatkan PhD ini ramai, maka tugas memberi syarahan akan terbeban kepada pensyarah-pensyarah yang mempunyai PhD. Ada universiti yang mengambil jalan yang tegas dengan memberikan mereka biasiswa dan tiada jaminan pekerjaan jika mereka gagal mendapatkan PhD. Ini semua bergantung kepada perjanjian antara calon PhD dengan pihak universiti.
Setelah mendapat PhD setiap pensyarah mesti menetapkan selepas tiga (3) tahun mereka seharusnya sudah disahkan dalam jawatan, dalam masa lima (5) tahun berikutnya sudah mendapat jawatan profesor madya dan dalam masa 8 atau 10 tahun berikutnya sudah menjawat jawatan profesor. Dalam jawatan profesor pun, mereka perlu mengejar dari profesor C, kepada B dan akhirnya menjadi profesor A dalam waktu yang disasarkan. Selepas itu mungkin pula mengejar menjadi profesor ulung dan sebagainya. Pada setiap peringkat denai kerjaya seorang pensyarah, mereka perlu mengetahui apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti melalui panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mencapai peringkat tertentu kerana kerjaya pensyarah tidak memerlukan kekosongan untuk diisi, ianya senentiasa terbuka untuk dicapai cuma bergantung kepada usaha dan kerajinan pengejarnya untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Kerjaya pensyarah sungguh menarik dengan segala kemudahan dan imbalannya, namun tidak semua mempunyai kesempatan untuk berada di jalur khas ini. Saya ingin mengajak pembaca yang mempunyai minat atau mempunyai anak-anak atau cucu-cucu menerokai bidang kerjaya pensyarah ini secara bersungguh-sungguh dan berperancangan agar kerjaya ini menjadi suatu kerjaya yang suci dan bermartabat, tidak dinodai dengan sebarang kepincangan.
Kepada pensyarah yang baru pulang dan mendapat PhD saya mencadangkan agar anda bergabung dengan mana-mana kumpulan penyelidikan yang sesuai dengan minat anda. Kerja berjamaah lebih baik daripada kerja sendiri-sendiri. Jika perlu cari mentor yang dapat membimbing anda menerbitkan makalah jurnal yang akan dinilai dalam kenaikan pangkat atau jika anda berbakat sebagai pemimpin carilah mentee untuk diberikan bimbingan.
Tindakan kedua ialah mencari pelajar peringkat master atau PhD yang dapat membantu anda menghasilkan makalah jurnal, sekaligus membantu pelajar mendapatkan ijazah master atau doktor falsafah (PhD). Banyak universiti sekarang sudah mula mengklasifikasikan penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan utama, ini dapat membantu universiti menjadi universiti penyelidikan (Research University), pastinya salah satu daripada bidang itu adalah bidang yang anda minati atau jika belum ada bidang yang anda minat, cadangkan agar bidang anda menjadi bidang fokus utama.
Setiap universiti akan berusaha mendapatkan geran penyelidikan sebanyak mungkin agar semua pensyarah mereka dapat menghasilkan makalah jurnal melalui penyelidikan. Melalui geran anda dapat membentang kertas kerja penyelidikan di luar negara dan juga menerbitkan makalah jurnal dalam jurnal tersohor. Banyak penerbit jurnal sekarang mengenakan yuran penerbitan dan biasanya makalah jurnal mereka akan diterbitkan dalam kadar segera berbanding dengan jurnal yang tidak mengenakan yuran yang biasanya lambat menerbitkan jurnal mereka. Jika anda mempunyai geran penyelidikan, hal ini tidak menjadi masalah.
Anda hendaklah bertindak proaktif dalam mencari calon pelajar master atau PhD kerana pelajar secara umumnya belum mengenali anda (pensyarah baru). Ada kawan saya yang pergi sendiri ke negara yang menjadi sasaran beliau untuk mendapatkan pelajar master dan PhD dan berhasil mendapatkan pelajar, tetapi anda mestilah mempunyai geran terlebih dahulu sebelum menjanjikan jawatan pembantu penyelidik (research assistant) kepada calon pelajar. Jika anda mempunyai pelajar yang ramai, agak mudah untuk mendapatkan makalah jurnal. Kuatkan bidang tujahan anda dan pasti kemudian melalui iklan dari mulut ke mulut nama anda akan tersebar melalui pelajar-pelajar anda sendiri.
Mungkin anda terfikir anda kena keluarkan wang sendiri untuk pergi dan mencari pelajar. Hal ini ada benar dan ada tidaknya. Mungkin anda boleh menggunakan kesempatan membentang kertas kerja di mana-mana konferensi untuk mengiklankan bidang penyelidikan anda dan menyatakan ada ruang untuk mendapatkan teori baru, atau memasuki mana-mana forum maya akademik dan memaklumkan kepada ahli forum tentang bidang penyelidikan anda. Kadang-kadang anda terpaksakan juga mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan pelajar tetapi berfikiran kreatif dan inovatif dan mencari cara terbaik, murah dan berkesan untuk mendapatkan pelajar.
Jika anda kreatif dan inovatif, banyak hal boleh terhuraikan dalam kerjaya anda sebagai seorang pensyarah. Pada dasarnya anda mesti menyukai profesion anda dan anda tidak akan jemu-jemu mencari jalan untuk berjaya dalam bidang yang anda akan ceburi sepanjang hayat kerana sebenarnya tiada istilah pencen bagi seorang pensyarah profesional. Bagi mereka sekali menjadi pensyarah akan tetap menjadi pensyarah sampai bila-bila. Mungkin sampai ke hujung hayat sebagai pensyarah.
Jumpa lagi di siri 3 nanti.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 16 April 2013.
As-salam hye Dr. Ismail, come to visit my humble blog..Thanks.. Bytheway u have a great blog
ReplyDeleteInfonya sangat bagus, sekarang saya mau lanjut baca artikel dari ente gan yang gak kalah menariknya,mengenai :
ReplyDeleteobat herbal
pemutih badan
obat asam urat
obat pelangsing
obat hernia
obat diabetes